Wednesday, 25 January 2012

AKU NAK BERUBAH TAPI AKU MALU

>> AKU NAK BERUBAH TAPI AKU MALU..<<

~✿..Tatkala hati TERKESAN dengan perbuatan DOSA yang dilakukan, itu bukti tandanya IMAN masih ada..PENYESALAN itu salah satu daripada PERINGKAT TAUBAT..

Buat diri yang rindu akan KEBAIKAN, apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, kamu mahu MELEPASKAN PELUANG ini? Apakah pada saat Allah MEMBUKA jalan taubat buatmu, kamu memilih untuk semakin MENJA...UH daripadaNya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana MALU dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu TERLALU KOTOR dan TIDAK LAYAK untuk diampunkan? Ketahuilah Dia Maha Pengampun..USAH PEDULIKAN pandangan mereka dan mereka itu, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia MENUNGGUMU untuk sujud kepadaNya bersama air mata taubat seorang hamba..✿~

“Rabbana fa’firlana dzunubanaa wakafir ‘anna sayyi-atinaa wa tawaffanaa ma’al-abrar”
♥♥ (Ya Tuhan kami! AMPUNILAH dosa-dosa kami dan HAPUSKANLAH kesalahan-kesalahan kami, serta WAFATKANLAH kami dengan nilai amal yang sama dengan orang-orang yang berbakti.)♥♥

**credit for FB 'lelaki soleh idaman wanita solehah'

Tuesday, 24 January 2012

Erti berumah tangga

kehidupan berumah tangga
apa erti kehidupan berumah tangga
jika ia di bina bukan dasar keikhlasan
wujudnya keikhlasan hanya sementara saja
indah di pandang tapi jiwa bergelodak

kehidupan berumah tangga
ada yang berkata kehidupan tanpa berteman
lebih menyenangkan
tapi berumah tangga itu satu tuntutan
jika sudah sampai seru
mendirikan la ia di antara 1 ikatan yang kukuh

kehidupan berumah tangga
jangan takut untuk membinanya
kerana terdapat rahmat yang tersendiri di situ
kukuhnya ia dengan doa dan sifat sabar
insyallaah
ia akan menjadi satu ikatan yang harmoni


**Mood tulis sajak seketika, kerana pemikiran terhadap masalah kengkawan berterbangan di fikiranku seketika & secara tak lansung terselit pemikiran keatas diriku bagaimana kehidupanku selepas berumah tangga....
**Semoga segalanya apa yang di impikan akan menjadi kan ia kenyataan....

Perkhabaran Di Sana

hati sayu mendengar perkhabaran itu
jiwa meronta ingin hajat di tunaikan
jika hajat tidak di tunaikan hari ini
mungkin hari lain akan tertunai
asalkan tidak pernah kenal erti putus asa
yang penting jangan di pandang sinis pada perkhabaran itu


**Ni sajak ke ape nie,hehehe...terlebih sudehhh

Saturday, 21 January 2012

Minat?....

kalau orang tanye apa minat ko pada masa lapang eh?
ermm...minat ehhh....minat minat minat...

kalau bosan-bosan, sebenarnye saya suka ngadap laptop. dekat laptop macam2 boleh buat sebenarnye, bukan la bermaksud mengadaaaapp je tak ada wat ape2..hehe...

saya suke serf internet-haa salah 1 nye suke tulis blog la. tak kisah la pasal apa2 pun, asalkan sesuatu yg saya buat tu tak menyusahkan orang lain sudah la....

saya juga suka buat design-cth mengunakan adobe photoshop ke,illustrator ke,atau guna software lain utk membuat design,tapi yg saya tau gune dua software tu je la..haha.....al maklum la tak ada pembelajaran secara detail tentang design2 nie....tau guna pun,test2 sendiri la...kdg2 terasa nak belajar semula, belajar tol2 tentang dunia designer ni..hehe....agak2 nye boleh masuk ke jiwa....aisshhh mesti la masuk,sbb benda yg di minat kan.....

saya rasa nak tambah minat la, tapi sekarang belum la ia menjadi minat saya yg tetap, di sebabkan kekangan masa, and rasa malas tu bertimpa2..haha....nak tambah minat kat gym boleh tak...try search gym yang paling dekat sekitar pasir gudang ni, tapi tak ada la pula. abah kata dekat masai ada, tapi sak aya tak penah search and tak tau kat area mana...best juga kalau hari wekend aktiviti yang di buat adalah pergi gym, wau mesti best kan.

secara kesimpulan nya sebenarnya minat saya adalah - dok umah jerrrrk.....yekla hari biasa,hari kerja..so hari wekend so biarlah habiskan masa di rumah jer....tapi berlainan pula dengan mak saya, hari wekend saya bawa mak,kemana sahaja mak nak pergi selain pergi beli barang keperluan rumah. yekla hari biasa mak di rumah, dan hari minggu mak nak la keluar berjalan2. so as anak,saya bawa la mak kemana mak nak pergi dan itu saya rasa dah jadi tanggungjawab saya pula bawa mak berjalan2....;-)

**ha tertinggal pula tentang minat saya yang 2 ni - tengok theater and tengok wayang...hehehe

Dunia Saya

setelah sekian lama saya menghilangkan diri, kini saya kembali ke dunia saya yang suka atau ingin atau lebih tepat suka meluahkan apa saya rasa di hati dan di minda ini, untuk mencoretkan sesuatu atau senang cite feeling terlebih(kui kui).

saya tidak berharap dunia saya di baca oleh orang lain, cuma saya  mencoretkan sesuatu di atas pen dan kertas akan di abadi kan di dalam blog saya. bila idea datang mencurah,saya ingin  menceritakan sesuatu, tapi bila idea tidak datang,maka blog saya akan bersawang2 la gamaknya

ada juga terfikir, oleh kerana saya ini pandai bermain dengan madah2 pujangga, layakkah saya menjadi novelis,hehe......teringin jugak nak mengarang sesuatu iaitu sebuah penceritaan tentang dunia khayalan saya dan mungkin khalayan saya itu tidak mustahil akan menjadi realiti, kita tak tau kan....hehe...tapi adekah pembaca akan berminat nak membaca novel saya....itu tak penting la, yang penting kalau satu hari nanti saya menulis novel adelah untuk kepuasan diri saya.... ^_^

 **Mood baru abis tengok cite 'kau laksana bulan'
Tu yg feeling terlebih sikit, berangan nak tulis novel la, Firas Ali la yg cool romantik gituuuu....hehe

Friday, 20 January 2012

Razif

Hati ku bergetar lg.
Wujudnya razif secara tiba2 telah mengacaukan fikiran.
Kenapa razif wujud setelah dia pergi meninggalkan aku tanpa sebarang petanda.
Perginya dia,aku tabah jalani kehidupan.
Tapi kini,hadirnya dia akan merosakkan fikiran aku yg semakin hari semakin dekat untuk majlis perkahwinan.

Razif, kau tidak jujur pd ku

-Ana-
(Kau Laksana Bulan)

**jiwa ku masuk dalam ini cerita...hehehehe

Firas Ali

aku rindukan dia.
rindu yg bertandang lg ke dalam hati membawa kepada 1 jawapan bhw dia ada di hatiku berbanding shafiq dan eizlan.

FIRAS ALI,
aku malu nak mengaku dia bhw yg aku memang rindu pada dia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...