Friday, 22 April 2011

Nokia ku.....

TIADA LAGI DERINGAN
Kenapa tiada? Ada kanlah. Tapi kalau adakan pun, akan Berjaya ker. Kalau xberjaya macamana pulak? Kalau xberjaya kenalah cari jalan utk ia Berjaya, betul x. tapi kalau xde  sokongan yg nak ia Berjaya, boleh berhasil ker.. hasil tu di tahap maksima ke, atau hasilnya hanya suam2 kuku yg tak tahu sebenarnya Berjaya ke tidak. (hei ko nie…macam2 la, kalau NAK 1000 DAYA TAK NAK 1000 DALIH).
 HANDSET YG KEKURANGAN FUNCTION
Mungkin tu salah 1 punca kenapa ia x berdering lg. boleh ker handset tu di baiki supaya ia akan terus berdering hingga ke hari ini? Mampu ker handset tu bertahan sedangkan handset tu nak kate lama xlama nak kate baru xbaru jugak. Boleh ke handset tu di baiki? Confirm la boleh, Cuma dah baiki tu costnya tinggi ke tidak. Kalau tinggi dan rasa2 kalau di baiki akan bertahan sekejap je, baik beli yg baru jerk. Tapi hati in masih sayang pada deringan itu. Kalau beli yg baru, ada ke deringan yg sama? Atau deringan tu akan lebih ok dr deringan yg lama..
KEKONFIUSAN
Baiki, or Beli Baru…..Baiki or Beli Baru…Baiki or Beli Baru….Mungkin 40% Baiki….TAPI……………………. (tergantung penceritaannya akibat …………………………) eh tergantung lagi..

Realiti Kritikkan

Coretan bermula lagi di kala tak tahu nak buat apa. Maka terfikirlah untuk mengupdate blog yg nak di kata baru lagi mencebur dunia blog nie.
KRITIKKAN?
Boleh ke seseorang menerima kritikkan org lain. Tak payah sibuk2 tanya org lain, sendiri Tanya diri sendiri sudah so secara tak lansung sedikit sebanyak akan menggambarkan diri org lain (betul ke boleh menggambarkan org lain? Mungkin boleh kot tp hanya 50% la kot).
Bg diri sendiri, tak kisah nak kritik pun, walau pada mulanya akan susah nak di terima bila org lain mengkritik. Tapi apa yg org lain kritik tu, diri sendiri akan fikir kenapa org tu sibuk2 nak kritik kita? Adakah dia nak meng kondem kita? Atau ADAKAH DIA NAK KITA BERUBAH DR YG KURANG BAIK KPD LEBIH BAIK? Ntah la xtau nak ckp sbb itu bergntung pd pengkritik tu ( tetiba terfikir macam pengkrtik reality tv plak :-D ) tapi 100% bgtau mmg diri sendiri tak tau kenapa pengkritik tu mengkritik diri ini.
PANDANGAN
Bila orang mengkritik kita, pandanglah di sudut positive dr negative (motivasi utk diri sendiri sbrnya). Bukan niat dia untuk meng kondem kita, tapi adalah untuk membina semangat  kita sebenarnya. Tapi kalau niat dia mmg suka mengkritik org je kijenya, sdgkan diri dia sendiri tak betul macamana pulak eh? (berfikir sejenak jap). Ginilah, penah terdengar kata2 yg berbunyi JANGAN LAH PANDANG PD ORG YG BERKATA TP PANDANGLAH APA YG DI KATA. So mungkin kata2 tu sedikit sebanyak akan member peransang buat kita semua apabila kita di kritik nanti.
KRITIKKAN BERHEMAH
Macamana bila memberi kritikan yg berhemah eh? Adekah dgn nada2 lembut selembut roti gardenia (haha). Tak semua orang boleh menerima bila org lain mengkritik kita. Dan tak semua akan mengkritik kita dgn cara yg berhemah,betul tak? Betul Betul Betul (Tanya sendiri jawab sendiri).
Bila  mengkritik kena lah dgn cara yg berhemah, dan dengan suasana yg betul. Kalau xkena suasana sape yg nak terima. Mungkin I pun xleh terima kot. Tapi…………..…. (tergantung sekejap akibat leher tercerut tali rapia)
SITUASI: ORG MEMINTA DI KRITIK?
Ade ke situasi macam tu eh? Bagi pendapat I, kalau seseorang tu minta di kritik tu maksudnya dia merasakan ada yang tak kena dlm dirinya. Dan dia merasakan dirinya mahu berubah dr kurang sempurna kpd lebih sempurna. Tapi kadang kala bila di minta di kritik, tapi diorang tak nak kritik pulak? (itu yg confius nie) adekah diorang fikir, malas nak celoteh panjang lebar,tapi berubahnya tidak? Atau diorang fikir nak ambil hati,takut bila di kritik akan rasa kecik ati. (hei, its not the point la coz, org tu sendiri yg minta di kritik loh, so tak masuk akal lansung kalau ada konsep kecik ati di sini) . So apa yg leh I simpulkan kat sini ( macam tali daa,nak simpul2 :-D ), I sendiri pun tak faham kenapa bila di minta di kritik tapi tak kritik, tak di gunakan sebaik mungkin istilah MEMINTA DI KRITIK tu



Friday, 15 April 2011

Blogger

Teringat akan 1 perkara berkaitan tentang blog, Lalu tercoretlah sesuatu di atas blog ini.

Kenapa org suka buat blog?
kita di hadapkan dgn pelbagai ragam manusia, dan salah 1 sifat adalah org2 yg suka tulis blog. dan lebih tepat melayan blog. pernah ada 1 ketika, kawanku agak lebih kurang agak membantah apa guna blog tu, dari menulis ntah apa2 ntah baik searching yg lebih manfaat di internet. contohnya, cari la article2 berkaitan business ke, atau apa shj...

itu lah, lain org lain pendapatnya. dan masing2 punya pendapat masing2 kepada mereka suka tulis blog....ada yg blog kearah bertujuan business, dairi dan apa2 shj. ada juga blog yg ingin menyatakan pendapat masing2 tentang apa yg berlaku di sekeliling mrk samada mrk setuju atau membantah tentang sesuatu perkara. itu terpulang la pada hak masing2 krn masing2 ada caranya tersendiri dan tujuan sendiri kenapa mrk mahu meluahkan apa yg mrk rasa di blog tersebut. Jadi kita tak boleh la membantah atau menyekat atau lebih tepat memprotes seseorang berkaitan hobby mereka utk menulis blog. mungkin 1 ari nanti, orang yg membantah tu la akan mengjadi blog sebagai cara mereka ingin menyampai sesuatu kpd org awam...so kita xtau kan akan dtg mcmana....

apa kebaikkan blog nie?
kalau ikutkan sebenarnya blog ni bole buat duit, makin ramai org berkunjung di blog kita makin byk income kita dpt. tp mcmana caranya....aha itu diriku xpenah la buat lg sbb diriku tulis blog ni pun ada masa2 nye je...tp klu yg betul2 aktif menulis blog, so boleh la buat research berkaitan benda nie...

Blogger Boy?
ada 1 drama series dekat 8tv, tajuk die blogger boy. tapi cerita tu berkaitan dgn apa pun diriku xtau. tetiba teringt plak ada 1 drama berkaitan dgn tajuk post ku ini. Pelakon Qi Razali, ala yg couple dgn Yuna tu.hehe.... rupanya Qi ni, dulu angota kumpulan OAG...suka lagu2 OAG...

Kenapa aku tulis blog?
jawapan yg ringkas boleh ku berikan adelah ' Sekadar Mengisi Masa Lapang' , ' Meluahkan apa yg di fikirkan'
Di samping itu, Sejak mula terjebak dgn dunia blog, aku suka kasi edit blog kasi page cantik sikit,so sedikit sebanyak aku dpt pelajari apa itu Code Html...

^_^


Thursday, 14 April 2011

Tertarik

Dikala sdg enak menikmati makanan tengahari, lalu tlh di dendangkan di halwa telinga dgn lagu yg agak memberi makna kepada insan yg bernama wanita...lagu tu adelah lagu Oh Juwita nyanyian Nubhan.
Tertarik utk mencoretkan sesuatu di blog apabila mendengar bait2 'akulah lelaki yg bisa menjagamu, Hingga akhir nafasku ini' 

Kenapa diri ini tertarik dgn perkataan itu?
tepuk dada x-tray la hati :-P, tertarik xbermaksud terpikat dan terpikat pula xbermaksud tercinta.
kdgkala sungguh indah bila berkata2 dlm bait2 lagu, dan kata2 itu akan membuat kita memberi sedikit sebanyak memberi ketenangan, tapi adekalanya kata2 itu akan memberi kita panduan
tapi ingatlah jgn mudah berkata2 krn kata2 itu mungkin kita tidak dpt laksanakan suatu ari nanti (sendirian berkata,mcm xde kaitan je dgn lagu tersebut,hentam saje lah labu)..

Bila hayati lg bait2 lagu tersebut, 'Sungguh aku tak mengerti, Tak pernah engkau mencuba untuk fahami, Aku yang selalu mencuba untuk menyayangimu di sini'..Sang lelaki cuba utk menyampaikan isi hatinya yg menyanyi insan bergelar wanita, sesungguhnya sang lelaki amat sayang kpd wanita tersebut... Mungkin sang juwita faham dgn luahan sang lelaki dan mungkin sang juwita tidak mahu atau tdak cuba untuk memahaminya. tapi kenapa? Mungkin sang juwita ada reasonnya tersendiri dan maka sang lelaki perlulah bertindak utk mengetahui maksud yg tersendiri kenapa sang juwita tidak cuba untuk memahami nya...

****Sejak bila plak diriku jd pengkritik kepada lagu nie. Pengkritik tak bertauliah sudah memulakan perbicaraannya..
*****Bukan pengkritik sebenarnya,cuma ingin menyatakan apa yg rasa ingin di nyatakan di sini sebagai luahan dan pendapat shj...

 
-Oh Jiwita-
Duhai Juwita..
Sungguh aku tak mengerti
Tak pernah engkau mencuba untuk fahami
Aku yang selalu mencuba untuk menyayangimu di sini
Duhai Juwita
Masihkah hancur hatimu
Setelah patah ditinggalkan kekasihmu
Agar aku yang akan selalu temani mengusap tangismu
Akulah lelaki yang bisa mencintamu
Hingga nanti aku akan mati
Akulah lelaki yang bisa menjagamu
Hingga nanti akhir nafasku ini
Duhai Juwita
Sungguh aku tak mengerti
Tak pernah engkau mencuba untuk fahami
Aku yang selalu mencuba untuk menyayangimu di sini
Tak akan ada lagi
Lelaki yang bisa
Mencintamu seperti ku…..
Akulah lelaki yang bisa mencintamu
Hingga nanti aku akan mati
Akulah lelaki yang bisa menjagamu
Hingga nanti akhir nafasku ini
Akulah lelaki yang bisa mencintamu
Hingga nanti aku akan mati
Akulah lelaki yang bisa menjagamu
Hingga nanti akhir nafasku ini



Kawan?

Termenung seketika di bawah jambatan yang kian usang di mamah usia. Menyedut udara segar di halaman kampung. Lalu pemikiran semakin tenang dgn situasi dan keadaan begitu. Otak menerawang sambil memikirkan hal2 keduniaan yg kian semakin hari semakin hampir dan tiba waktu nya.

Memikirkan masalah2 yg di himpit oleh perasaan sendiri dan orang2 sekeliling. baik dari segi masalah sendiri dan masalah org lain. tapi kenapa perlu memikirkan masalah org lain sdgkan masalah sendiri belum punya waktu utk di selesaikan? memang benar org kata, bila kita di himpit dgn masalah sendiri, kita xtau bagaimana dan mcamana cara penyelesaian yg terbaik. tapi bila org lain punya masalah dan mengadu kpd kita,dan begitu mudah shj untuk kita memberi nasihat dan tunjuk ajar...tapi bila d himpit masalah sendiri?

itulah pentingnya kawan...
kawan yg akan sentiasa ada di sisi kita adalah kawan yg sentiasa memberi nasihat dan pandangan xkira samada kita berada di pihak yg benar atau tidak..
kawan yang ingin sentiasa ingin kawannya baik,adalah kawan yg sanggup memberi nasihat kpd kita. bukan jenis kawan yg menikam kita dr belakang.

kenapa kita di suruh memilih kawan?
jika kita tersilap memilih kawan,maka berlaku lah kesilapan2 yg kita sendiri tidak sedar. kawan yg baik akan mendorong kita kpd yg baik,tp kawan yg tdak baik akan mendorong kpd perlakuan kita yg tdak baik.

tapi xsalahkan kalau kita berkawan dgn kawan yg tdak baik?
mmg la xsalah, sbb dia sama macam insan lain punya hati dan perasaan. tapi kita harus ingin sebagai kawan, jgn kita pula yg terjebak dgn sikapnya yg kurang baik malah kita harus lah menegurnya apa yg harus di tegur, kita tidak tahu dengan cara kita tu mungkin sedikit sebanyak akan merubahkan sikapnya. itu terletak la pula pd pemikiran kawan itu untuk memikirkannya. asalkan kita sebagai kawan sudah melakukan apa yg harus kita lakukan...

kenapa ada kawan yg suka tikam kita dari belakang?
erm..ntah la,sukar di jawab dgn soalan begitu. adakalanya punyai sifat iri hati terhadap kawannya menyebabkan berlakunya situasi demikian. mugkin juga sifat semulajadinya begitu,tp tak kan la kan...

apa beza kawan,sahabat,teman?
nampak bunyinya mcm sama je kan. tp apa bezanya?...sukar di luahkan dgn kata2, sendiri pun kurang pasti apa perbezaan nya itu..

kawan baik, sahabat sejati, teman sejati?
dlm hati, loh bukan sama je ke mksudnya tu.....yg bezanya dr segi ejaan dan sebutannya je la (haha). mungkin itu semua hanya ungkapan sahaja tp ia membawa maksud yg sama je..(dlm ati, yeke) mcm x confident je dgn ape yg d tulis nie

Saat berjumpanya kawan
dekat mana boleh jumpa kawan. pd kebiasaannya kita akan bertemu dgn insan yg bernama kawan, adelah tempat kita belajar, xkira la di sekolah, asrama,kolej,universiti... dan bila saat kita berpisah dgn kawan bila kita tamat pengajian di sesebuah institusi. saat yg paling kurang enak di nikmati bila kita berpisah dgn kawan. mujur zaman sekarang ada pelbagai cara utk kita terus berhubung dgn kawan. tapi mungkin lama kelamaan kita akan renggang juga dgn kawan kita di sebabkan faktor sekeliling yg mendorong kita utk tidak dpt selalu ber interaksi dgn kawan....TAPI ITU TDAK BERMAKNA KITA HARUS MELUPAKAN KAWAN.

Kisah dan tauladan...
pernah la berlaku situasi ini di sekelilingku dan hanya memerhati gelagat manusia yg berada di sekeliling ku yg pelbagai ragam untuk menonjolkan cara yg tersendiri dlm erti sebuah persahabatan....

yang memuskilkan diriku ini, ada yg ragamnya berkawan hanya lah utk kepentingan dirinya shj. dan bila kawan itu tidak memberi kepentingan kpd dirinya, maka dia terus melupakan kawannye sedemikian rupa...adekah itu yg di panggil kawan?...bila di perlukan dan terasa kawannye sgt memberi kepentingan kpd dirinya maka dia akan berkawan, dan sekiranya terasa kawannye tidak memberi kepentingan maka dia akan melupakan kawan nye tersebut..dan tanpa sebarang sebab dan musabab yg munasabah, sehingga kan kawannya sendiri yg terasa dgn perihal dia...bila di perlukan dia berbuat baik kpd kita dan bila tidak lg sdi perlukan ia akan meninggalkan kita.....ADEKAH ITU YG DI NAMAKAN KAWAN?.....kdg2 bila berdepan dgn org yg sedemikian rupa,sampai naik pelik dan hairan apekah yg berada di minda mereka sehingga berlakunya situasi demikian....adekah mrk tidak sedar akan perlakuan mrk, sehingga menyebabkan kawannye sendiri terasa dgn sikapnya...jd kalau mrk tidak sedar apa yg harus di lakukan....perlukah kita sebagai kawan menegur sikapnya...adekah mrk akan menerima teguran itu...ataupun bila di tegur makin memburuk kan suasana persahabatan....apa yg ada di benak fikiran ku ini, teguran bukan bermakna utk meruntuhkan sebuah persahabatan tapi teguran itu adalah utk merangsang minda mrk agar lebih menghargai erti sebuah persahabatan krn mungkin hari ini mrk membuat salah laku kepada kita, mana lah tau esok luse org yg mrk percayai akan membuat mrk begitu juga. bukan untuk memberi ejekan kpd mrk tp percaya lah jika kita buat sesuatu, di takuti benda itu akan berbalik kpd diri sendiri
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL.....

Tuesday, 12 April 2011

welcome back

Setelah sekian lama meninggalkan dunia blog,kini kembali lagi buat ntah yg keberapa banyak blog aku pun aku xtau...yg dlo2 blog pun aku xigt apa id dia...blog ni pun ntah sampai bila aku mmpu bertahan utk menulis blog ni...maklum la kang lupa plak id nye atau pun dah mati idea nak tulis apa...

kenapa tetiba nak buat blog plak?
aha soalan yg bernas sekali....kdgkala idea aje je ingin di tulis di blog...tp oleh krn kebizian yg melanda diri menyebabkan kebatalan niat utk mencoret kan sesuatu di atas blog...

dan kenapa ari ini di wuudkan?kenapa xsemalam ke esok ke luse ke....
reasonnye,mungkin ade sedikit kekacauan yg melanda dlm otak ni menyebabkan ari ini 12/04/2011 di wujudkan blog sedemikian rupe....

akhir kate (wah mcm menulis surat je)haha
aku xmengharap utk sesape membaca blog aku dan aku pun tdak punyai waktu yg terlalu terluang utk aku membaca blog org lain...

cuma kewujudan blog ini di lakukan atas dasar ingin mengatakan sesuatu yg xdapat di katekan lg oleh mulut yg kdgkala mudah berbicara dan kdgkala tdk mudah berbicara....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...